03 September 2015

Kurangkan Berat Badan

Kali ini saya nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.

Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.


1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan. 

3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 



8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.





10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Rahsia Tahi Lalat

Tapi, tahukah anda maksud tahi lalat ditubuh kita? Jika tahi lalat berada di hidung, apakah maksudnya? Kalau tahi lalat ada di lengan pula, bagaimana?

Mari kita hiburkan hari ini dengan mengetahui rahsia tahi lalat yang ada.

Tanda, Erti dan Firasat Tahi Lalat

  1. Bibir atas kanan: Banyak rezeki, pandai
  2. Bibir atas kiri: Ramai kawan, baik hati
  3. Bibir bawah kanan: Disegani orang, ramai yang suka
  4. Bibir bawah kiri: Pandai bicara, tak mudah kalah
  5. Leher kanan: Cerdas, jujur, berani menderita
  6. Leher kiri: Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
  7. Leher di tengah: Tercapai cita-cita
  8. Biji mata kanan: Suka serong dan pembohong
  9. Biji mata kiri: Pembohong tetapi baik hati
  10. Hujung mata kanan: Baik hati, sopan santun, cerdas
  11. Hujung mata kiri: Baik budi, murah rezeki
  12. Punggung kanan: Agak mengalami kesulitan
  13. Punggung kiri: Malas dan suka duduk
  14. Betis kanan: Suka berhibur, boros
  15. Betis kiri: Rajin, tidak suka menganggur
  16. Lutut kanan: Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
  17. Lutut kiri: Kurang kuat berusaha
  18. Kepala sebelah kanan: Terkabul cita-cita
  19. Kepala sebelah kiri: Sering menemui kesusahan
  20. Kepala sebelah belakang: Jujur, sabar dan tekun
  21. Kening kanan: Cerdas dan cekap
  22. Kening kiri: Cerdas dan sopan santun
  23. Tengah kening: Keras hati dan berani segala hal
  24. Hujung mulut kanan: Kecil rezeki, tak mudah kalah
  25. Hujung mulut kiri: Suka berpoya-poya
  26. Ketiak kanan: Dapat menyimpan rahsia
  27. Ketiak kiri: Jujur, banyak yang cinta
  28. Pergelangan kaki kanan: Suka keluar rumah
  29. Pergelangan kaki kiri: Kehendak kuat
  30. Batang hidung: Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  31. Pada hidung: Banyak rezeki
  32. Dagu bawah kanan: Jujur dan baik hati
  33. Dagu bawah kiri: Bijaksana, dan berbudi luhur
  34. Kemaluan kanan atau kiri: Baik, suka senggama
  35. Di kepala kemaluan (lelaki): Bakal beristeri dua
  36. Tumit kanan: Jujur dan banyak kawan
  37. Tumit kiri: Baik budi
  38. Alis kanan: Suka menolong dan baik hati
  39. Alis kiri: Ramai yang suka
  40. Pangkal peha kanan: Kemahuan kuat
  41. Pangkal peha kiri: Suka kerja apa pun
  42. Telapak kaki kanan: Tak mudah mengeluh
  43. Jari kaki kanan: Suka menolong
  44. Jari kaki kiri: Berbudi, suka berbuat baik
  45. Bahu kanan: Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
  46. Bahu kiri: Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
  47. Buah dada kanan: Baik hati, pendiam, simpan rahsia
  48. Buah dada kiri: Ramai kawan, setia pada pasangan
  49. Lengan kanan: Setia dan taat pada atasan
  50. Lengan kiri: Menepati janji dan rajin
  51. Pipi kanan: Ramai teman
  52. Tengah-tengah pipi kanan: Ramai yang suka
  53. Tengah-tengah pipi kiri: Ramai teman
  54. Ubun-ubun: Kurang jujur
  55. Pusat: Cerdas, tangkas, tekun
  56. Pusat bahagian kanan: Sejahtera dalam hidup
  57. Pusat bahagian kiri: Beroleh kemuliaan
  58. Pinggang kanan: Sayang pada pasangan hidup
  59. Pinggang kiri: Disayang pasangan hidup
  60. Dada kanan: Dapat mengatasi masalah
  61. Dada kiri: Berani, jujur dan sabar
  62. Telapak kaki kanan: Tidak mudah mengeluh
  63. Telapak kaki kiri: Baik budi pekertinya
  64. Siku tangan kanan: Kuat ingin memiliki kejayaan
  65. Siku tangan kiri: Baik hati, suka menolong
  66. Jari tangan kanan: Serba beroleh keuntungan
  67. Jari tangan kiri: Serba baik bekerja
  68. Jari telapak tangan kanan: Banyak rezeki tetapi boros
  69. Jari telapak tangan kiri: Banyak rezeki dan cermat
  70. Pergelangan tangan kanan: Boros, suka bersukaria
  71. Pergelangan tangan kiri: Dapat berpangkat
  72. Perut bawah kanan: Banyak rezeki, suka memberi maaf
  73. Perut bawah kiri: Baik hati, tenang hidupnya
  74. Sudut mata kanan dalam: Disayang suami atau isteri
  75. Sudut mata kiri dalam: Tidak mudah dilupakan pasangan
  76. Sudut mata kanan luar: Baik budi, ramai yang cinta
  77. Pelipis kiri: Murah rezeki, dapat jadi kaya
  78. Pelipis kanan: Serba berhasil dalam usaha
  79. Kelopak mata kanan atas: Baik hati, ramah, berjaya
  80. Kelopak mata kiri atas: Baik budi, ramai yang suka
  81. Kelopak mata kanan bawah: Agak malas
  82. Kelopak mata kiri bawah: Agak bodoh, kurang bijaksana

Jangan baca serius sangat, sekadar hiburan semata-mata..:)

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2015/03/ketahui-rahsia-tahi-lalat-anda.html#ixzz3kedkrdIl
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

GIVEAWAYS

Hari Malaysia Giveaways.....by pantascergas.blogspot

Menangi hadiah misteri dengan setiap komen terbaik di pantascergas.blogspot


Tawaran ini terbuka kepada semua Blogger di Malaysia...

Rebutah peluang keemasan ni dengan cepat !!!

Kesuburan Suami Isteri

Shaklee ada mengeluarkan product baru iaitu Coq Health Plus yang  mengandungi Co-enzyme Q10, Vitamin E dan ekstract daripada Tea Hijau untuk penjagaan kesihatan jantung. Boleh baca perincian Coq Health PlusRupanya kebaikan Coq Health Shaklee ini bukan untuk jantung sahaja, tapi ia boleh bertindak sebagai vitamin kesuburan suami isteri. Wow! Wonderfull!  Macam mana tu? 

Kesuburan Isteri

Faktor yang boleh menjadi pergantungan utama telur wanita pada CoQ10 ialauntuk tenaga. Proses pengeluaran telur, ovulasi dan perkembangan embrio di kalangan wanita mengambil sejumlah tenaga dan memerlukan CoQ10 yang merupakan sumber utama tenaga untuk penguncupan otot dan pengeluaran protein.Semakin meningkat usia, badan menghasilkan kurang CoQ10 sekali gus menjejaskan kesuburan kita.
Teori ini disokong oleh penemuan positif dalam penyelidikan di Kanada pada tahun 2009 yang telah menunjukkan subjek kumpulan ujian diberikan suplemen CoQ10 menghasilkan lebih banyak dan lebih baik telur yang berkualiti, mencatatkan kadar kehamilan yang tinggi dan kelahiran anak-anak yang lebih ramai daripada orang-orang yang tidak menerima CoQ10.

Kesuburan Suami
Kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh tenaga yang menurun akibat protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma dan bergantung kepada CoQ10. Kajian menunjukkan bahawa punca utama kemandulan lelaki termasuk jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma yang kurang. Sperma yang baik ialah sperma yang mempunyai antioksidan yang tinggi.  Enzim CoQ10 dapat menghasilkan antioksidan yang kuat dan bermanfaat untuk kesuburan.